Amatilah dengan sebaiknya June 19, 2008
sudah ribuan hari aku lalui, begitu juga jutaan masa yang bergerak pergi meninggalkan aku. Semuanya tidak dapat ku kembalikan dan tidak dapat aku ulangi. Tekadang nostalgia silam datang bermain dihadapan mata ada yang manis ,pahit,kagum lagi bangga, kecewa dan segalanya. Itulah kehidupan. Aku bertatih, berjalan dan berlari mengejar segala yang aku hajatkan terkadang ada yang tercicir dan ada menghumban aku jatuh ke bawah. Dari masa yang telah berlalu itu aku cuba menyimpulkan sesuatu .
Aku katakan hari ini sudah ramai orang tahu apa itu agama dan ramai orang boleh menyebut kalimat suci tanpa pelat atau gagap. Lafaz puji tuhan tak segan silu diucap pada mana saja berada. Aku senang melihat kepetahan anak bangsaku yang sedemikian. Aku juga berterima kasih pada guru yang telah mengajar anak bangsaku tentang kalimah puji Tuhan dan kalimah suci lain buat aku dan generasiku yang ada hari ini dan hari mendatang. Rasa damai juga bilamana mendengar kalimah salam dari kaum yang bukan Islam melontarkanya. Aku rasakan Islam sudah di hayati dan rohya hidup dalam jiwa semua orang ,,,, namun aku terasa juga
Artis tanahair ku hari ini hampir setanding dengan artis antarabangsa. Bezanya kalau artis hollywood akan sebut Thanks for GOD’ atau sebagainya, artis tanahairku akan sebut ALHAMDULILLAH di ketika menerima anugerah atau bergelar juara. Aku puji dengan apa yang mereka ucapkan dan taniah atas kejayaan mereka.
Aku katakan di sini kita perlu tahu adab untuk berlafaz dengan sebarang kalimah suci. Kita tahu kalimah AlHAMDULILLAH, INSYAALAH, SYUKUR, SUBHANALLAH dan lain-lain lagi adalah kalimah yang disebut di dalam Quran. Adalah kurang beradab kita melafazkanya tanpa menilai di mana dan keadaan kita sedang berada. Terkadang terang sedang bercouple lelaki perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi syarak, lancar mulut mengucapkan kalimah suci ini. Pakaian sudah menyerlah bagai Hollywood kalau yang perempuan tidak ada alas rambut, tulang bahu tersembul keluar hingga menampakan parut suntikan BCG, baju menampakkan susuk badan seperti tidak berbaju dan apa saja yang artis barat gayakan, telah di gayakan oleh artis tanahairku, mereka rasa tidak bersalah bila melafazkan kalimah ini dengan keadaan mereka sedemikian.
Aku tidak membenci mereka tapi yang aku fikirkan ialah anak bangsaku yang akan datang. Hari ini mereka sedemikian rupa tidak mustahil mereka yang akan datang akan bertambah lebih dari yang ada. Kalam suci atau kalimah lain yang pada hari ini dipertuturkan mencerminkan keislaman atau boleh kita berangapan seseorang itu adalah islam akan tercemar kesucianya. Aku sengaja bertanya pada diri ini adakan ini kembangan kiamat. Manusia semakin biadab dengan kalam dan kalimah suci tuhan. Sepatutnya kalimah itu menjadi benteng buat kita menghindari dan berhenti dari maksiat serta bertaubat kepada tuhan atas kesalahan yang kita lakukan. MUngkin juga ini adalah rahsia-rahsia yang Tuhan zahirkan untuk menguji kita, “Adakah kita hambanya yang berakal atau sebaliknya?”
Duhai diri jangan melihat kejelekan Para Artis lagi, kerana mungkin mereka lebih tahu apa yang mereka tuturkan dari kamu. Sudah lah jangan menilai apa yang mereka lakukan kerana kamu tidak akan mengerti kehidupan mereka. Bimbinglah dirimu, suluhkan lah segala kejahilan yang ada pada kamu. Baiki dan didiklah diri kamu serta zuriat mu pohonlah perlindungan dari Tuhan dan berdoalah agar kamu dan zuriat kamu diberi taufik serta hidayah dan mendapat Rezonya dunia dan akhirat…..
five TAG September 7, 2007
Dah lama kawankawan mintak kat aku… but ari ni yang sempat aku mengadap muka skrin untuk cuba tunaikan permintaan abang-2 tu….
mmmmmmm!!!!!
Aku suka yg simpel tapi lengkap. Beg sendeg hijau lusuh warna kegemaran aku sejak zaman sekolah rendah lagi. Sampai ari ni aku masih ada beg yang berwarna sedemikian tapi dah lain la yang setia jd teman aku untuk aku manfaatkan apa itu beg…..
ten te ten……when U open my beg U can C
1. sebungkus tisu yang kat malaysia arga dia 20sen kat cni nus geneh.
2. some time ada pair of pen kalau x hitam dengan biru ….kembar, takpun merah.yang selalunya single la
3. notebook sebesar tapak tangan yang mesti aku bawa biasa la kan student…
4. RAYBAN hitam yang harga dia tak kurang dari RM300, gaya mau ada aaaa
5. kunci bilik tempat aku parking …
beg ni aku multikan kegunaanya,,,,acapkalinya aku guna bawak kekuliah dan majlis yang seumpama denganya kalau nak ketempat lain aku pakai yang sewaktu denganya la plak…..

ni la tempat aku study.. aamacam kemas & rapi tak? aku sememangya rajin mengemas &; lemas lagi rimas kalu tempat study berselerak tarak.heehhehehehehhe ni baru lepas exam kalau kuliah dah start esok kamu orang paham-paham je la…ni bilik aku menginap sekali dengan sifoo anasxz.. aku cadang nanti nak tambah accesori gak la mcm syahid tu beli laptop baru epition ckit no! kalau tempat study serabut apa yang ada kat aku punya kepala pun serabut gak la.
alahai untung bini aku esok dapat laki yang suka pada kekemasan dan kerapian kah kah kahkah.
Alhamdulillah aku bersyukur dapat berselesa dekat bilik ni walaupun sempit. Doakan moga aku dapat menginap kat cni sampai abih belajar….
BUkan nak bg tau kat kau orang yang aku ni berduit…tapi yang ada tu sekadar sara badan sendiri ja… dompet kesayangan hadiah dari awek lama dulu nuuuuuu. kulit lagi wooo tapi ari ni dia dah aku izinkan kawin haahhaha mcam wali dia plak senag cakap orang dah sapu la…. tak pa belambak lagi dok ada…
kad yang ada tu bukan boleh menduitkan duit tapi nak dapat dia semua kena kasi duit..semua barang kad penting tu Lesen mandu Mesir, kad matrik azhar, kad ABIM serbaguna bila terdesak, kad PMRAM cari kawan dan berberapa kad yang sedia terlekat kat aku punya dompet. takut gak dok letak benda muhim, ni dalam satu tempat Ye la kang apa-apa kang susah….insyallah selamat.
MUngkin setakat ni dulu kot uyang dapat aku paparkan untuk sesuka hati aku…. kalau ada masa nanti aku bg yang lain palk itu pun kalau aku sempat WASSALAM
Pesan mama August 20, 2007
Mat, mama nak tengok mat berjaya dalam hidup mat. Mama tahu anak mama ada cita-cita besar, dulu masa mat kecil Mat selalu cakap dekat mama mat nak jadi orang yang NUMBER ONE– sambil mat angkat jari telunjuk sentuh hidung mama_- Mat selalu cakap dekat baba mat nak bantu baba nak tengok baba senang. Mat mama ingat semua kata-kata mat.
ANAK mama pandai, dulu kat sekolah mana mat pernah dapat No yang corot kalau tak depan, tengah, bagi mama itu adalah persaingan yang sedang mat lalui dan mat pernah berjaya meraih tempat pertama.. mama katakan lagi untuk mat, ingat mat pernah berjaya di NO 1.
Hari ni mama tengok mat selalu kedepan tapi bukan kedepan macam yang mama harapkan,,mat Hero jalanan tak lama bertahta, berapa ramai kawan mat yang dah tak bernama, hilang entah ke mana tahta berganti juara dan raja jalanan muda. Mat ada banyak cara lagi nak jadi NO1. Mama tak nangis kalau mat tak dapat jadi juara sedemikian, tapi mama akan nangis gembira sepuas-puasnya kalau mat berjaya dalam pelajaran dan bahagia dalam kehidupan. MAT mama selalu doa pada tuhan agar mat berjaya di dunia dan di akhirat. Air mata mama untuk mat banyak mama titiskan terutamanya bila kenangkan telatah mat masa kecil yang terlalu dibanding dengan hari ni menyimpang benar bila mat masuk 17tahun. Mat dah pandai lawan cakap mama,,, mat tipu mama,,,bila mama cakap mat tengking mama,,, mat belakangkan mama…baba mat tak hiraukan …bila baba tanya mat diam dalam memberontak.. MAT..ingat pesan mama ni…HEBAT MANA PUN YANG MAT RAIH TAKKAN MEMBAHGIAKAN MAT SEKIRANYA TIDAK ADA REZO DARI MAMA DAN BABA. HIDUP INI TAK BERMAKNA MAT JIKA TIADA REZO MAMA DAN BABA KERANA REZO TUHAN ADALAH MENGIRINGI REZO MAMA DAN BABA.
Mat mama nak tengok mat berubah. Mama nak dengar satu hari nanti Mat bisikkan kalam tuhan pada telinga mama seperti mana mama selau bisikkan pada telinga mat dulu. Mama nak mat ingat pesan ni kerana mat akan jadi bapa dan mat akan punya anak Ingat mat apa yang mat dah buat semuanya akan dibalas tuhan. Mintak lah Ampun pada tuhan… dengarlah mat mama maafkan kesalahan mat… tempalah hidup baru mat dengan penuh tekun moga kejayaan menjadi milik MAT….mat hari ini mat masiah ada mama fahamilah mama sebelum mama pejamkan mata…..mat.