Mat, mama nak tengok mat berjaya dalam hidup mat. Mama tahu anak mama ada cita-cita besar, dulu masa mat kecil Mat selalu cakap dekat mama mat nak jadi orang yang NUMBER ONE– sambil mat angkat jari telunjuk sentuh hidung mama_- Mat selalu cakap dekat baba mat nak bantu baba nak tengok baba senang. Mat mama ingat semua kata-kata mat.
ANAK mama pandai, dulu kat sekolah mana mat pernah dapat No yang corot kalau tak depan, tengah, bagi mama itu adalah persaingan yang sedang mat lalui dan mat pernah berjaya meraih tempat pertama.. mama katakan lagi untuk mat, ingat mat pernah berjaya di NO 1.
Hari ni mama tengok mat selalu kedepan tapi bukan kedepan macam yang mama harapkan,,mat Hero jalanan tak lama bertahta, berapa ramai kawan mat yang dah tak bernama, hilang entah ke mana tahta berganti juara dan raja jalanan muda. Mat ada banyak cara lagi nak jadi NO1. Mama tak nangis kalau mat tak dapat jadi juara sedemikian, tapi mama akan nangis gembira sepuas-puasnya kalau mat berjaya dalam pelajaran dan bahagia dalam kehidupan. MAT mama selalu doa pada tuhan agar mat berjaya di dunia dan di akhirat. Air mata mama untuk mat banyak mama titiskan terutamanya bila kenangkan telatah mat masa kecil yang terlalu dibanding dengan hari ni menyimpang benar bila mat masuk 17tahun. Mat dah pandai lawan cakap mama,,, mat tipu mama,,,bila mama cakap mat tengking mama,,, mat belakangkan mama…baba mat tak hiraukan …bila baba tanya mat diam dalam memberontak.. MAT..ingat pesan mama ni…HEBAT MANA PUN YANG MAT RAIH TAKKAN MEMBAHGIAKAN MAT SEKIRANYA TIDAK ADA REZO DARI MAMA DAN BABA. HIDUP INI TAK BERMAKNA MAT JIKA TIADA REZO MAMA DAN BABA KERANA REZO TUHAN ADALAH MENGIRINGI REZO MAMA DAN BABA.
Mat mama nak tengok mat berubah. Mama nak dengar satu hari nanti Mat bisikkan kalam tuhan pada telinga mama seperti mana mama selau bisikkan pada telinga mat dulu. Mama nak mat ingat pesan ni kerana mat akan jadi bapa dan mat akan punya anak Ingat mat apa yang mat dah buat semuanya akan dibalas tuhan. Mintak lah Ampun pada tuhan… dengarlah mat mama maafkan kesalahan mat… tempalah hidup baru mat dengan penuh tekun moga kejayaan menjadi milik MAT….mat hari ini mat masiah ada mama fahamilah mama sebelum mama pejamkan mata…..mat.