Syair Laila Majnun

Just another WordPress.com weblog

Amatilah dengan sebaiknya June 19, 2008

Filed under: Uncategorized — abdrazakrosli @ 4:06 am

sudah ribuan hari aku lalui, begitu juga jutaan masa yang bergerak pergi meninggalkan aku. Semuanya tidak dapat ku kembalikan dan tidak dapat aku ulangi. Tekadang nostalgia silam datang bermain dihadapan mata ada yang manis ,pahit,kagum lagi bangga, kecewa dan segalanya. Itulah kehidupan. Aku bertatih, berjalan dan berlari mengejar segala yang aku hajatkan terkadang ada yang tercicir dan ada menghumban aku jatuh ke bawah. Dari masa yang telah berlalu itu aku cuba menyimpulkan sesuatu .
Aku katakan hari ini sudah ramai orang tahu apa itu agama dan ramai orang boleh menyebut kalimat suci tanpa pelat atau gagap. Lafaz puji tuhan tak segan silu diucap pada mana saja berada. Aku senang melihat kepetahan anak bangsaku yang sedemikian. Aku juga berterima kasih pada guru yang telah mengajar anak bangsaku tentang kalimah puji Tuhan dan kalimah suci lain buat aku dan generasiku yang ada hari ini dan hari mendatang. Rasa damai juga bilamana mendengar kalimah salam dari kaum yang bukan Islam melontarkanya. Aku rasakan Islam sudah di hayati dan rohya hidup dalam jiwa semua orang ,,,, namun aku terasa juga
Artis tanahair ku hari ini hampir setanding dengan artis antarabangsa. Bezanya kalau artis hollywood akan sebut Thanks for GOD’ atau sebagainya, artis tanahairku akan sebut ALHAMDULILLAH di ketika menerima anugerah atau bergelar juara. Aku puji dengan apa yang mereka ucapkan dan taniah atas kejayaan mereka.
Aku katakan di sini kita perlu tahu adab untuk berlafaz dengan sebarang kalimah suci. Kita tahu kalimah AlHAMDULILLAH, INSYAALAH, SYUKUR, SUBHANALLAH dan lain-lain lagi adalah kalimah yang disebut di dalam Quran. Adalah kurang beradab kita melafazkanya tanpa menilai di mana dan keadaan kita sedang berada. Terkadang terang sedang bercouple lelaki perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi syarak, lancar mulut mengucapkan kalimah suci ini. Pakaian sudah menyerlah bagai Hollywood kalau yang perempuan tidak ada alas rambut, tulang bahu tersembul keluar hingga menampakan parut suntikan BCG, baju menampakkan susuk badan seperti tidak berbaju dan apa saja yang artis barat gayakan, telah di gayakan oleh artis tanahairku, mereka rasa tidak bersalah bila melafazkan kalimah ini dengan keadaan mereka sedemikian.
Aku tidak membenci mereka tapi yang aku fikirkan ialah anak bangsaku yang akan datang. Hari ini mereka sedemikian rupa tidak mustahil mereka yang akan datang akan bertambah lebih dari yang ada. Kalam suci atau kalimah lain yang pada hari ini dipertuturkan mencerminkan keislaman atau boleh kita berangapan seseorang itu adalah islam akan tercemar kesucianya. Aku sengaja bertanya pada diri ini adakan ini kembangan kiamat. Manusia semakin biadab dengan kalam dan kalimah suci tuhan. Sepatutnya kalimah itu menjadi benteng buat kita menghindari dan berhenti dari maksiat serta bertaubat kepada tuhan atas kesalahan yang kita lakukan. MUngkin juga ini adalah rahsia-rahsia yang Tuhan zahirkan untuk menguji kita, “Adakah kita hambanya yang berakal atau sebaliknya?”
Duhai diri jangan melihat kejelekan Para Artis lagi, kerana mungkin mereka lebih tahu apa yang mereka tuturkan dari kamu. Sudah lah jangan menilai apa yang mereka lakukan kerana kamu tidak akan mengerti kehidupan mereka. Bimbinglah dirimu, suluhkan lah segala kejahilan yang ada pada kamu. Baiki dan didiklah diri kamu serta zuriat mu pohonlah perlindungan dari Tuhan dan berdoalah agar kamu dan zuriat kamu diberi taufik serta hidayah dan mendapat Rezonya dunia dan akhirat…..

 

Leave a Reply